Syana's Diary


About Links Entries Credit
birthday gurl
Monday, 31 October 2016 | 18:19 | 0 comments

hye guys, lama kan syana tak storyy. hahaa, okay. today 1st of November 2016 means that i have be 17years old today with officially. mygadd ! gwa dah tuaa. hahaa, but sokay, dah boleh ambik lesen kete hohoho..
so syana nak buat ucapan sikit lahh yee ? harini genapnya aku yg diberi nama Nursyazana berumur 17tahun. Dengan kesempatan ini, aku nak mengucapkan terima kasih dekat ibu aku yang bersusah payah meneran mengeluarkan aku pada 1november1999 jam 8 pagi dan aku keluar dengan selamat pada jam 9:15pagi di hospital kl. Betapa susahnya aku untuk dikeluarkan kata ibuku sampai menggunakan vakum khas untuk menarik aku keluar. Ya allah, sungguh besarnya pengorbanan seorang ibu semasa melahirkan anaknya. Terima kasih jugak buat ayah ku yang menjadi punca aku dilahirkan oleh ibu ku. Terima kasih yang tidak terkata dan terbalas kasihnya buat kedua-duanya kerana menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh. Sejak kecil lagi aku sudah menyusahkan mereka dengan menangis di waktu malam, di mintaknya mendukung ku, di ajarkan berjalan, di suapkan makan , ditukarkan lampin dan memandikan aku. Sedar-sedar aku sudah berada di dunia ini aku berumur 5tahun yang dikejutkan untuk ke tadika di taman ku. setiap pagi aku dihantar oleh ayah aku ke tadika ku dan di ambil oleh ibuku pada petang harinya. setelah meningkat umur ku, aku dihantarkan ke sekolah rendah di tempat ku dimana ketika itu aku adalah seorang yang lasak dan ganas. ada sahaja perkara yang aku akan lakukan. kata ibuku, aku pernah juga mematahkan payung kawanku sehingga ibunya datang mengadu dirumahku. sungguh aku tak ingat keadaan itu sehingga sekarang. makin lama makin aku membesar sehingga masuk menengah rendah di mana aku mula mengenal , berjinak-jinak dan mengalami zaman remaja yang ingin mencuba semua nya dengan pemberontakan sekiranya dihalang. ketika itulah aku mula menyusahkan dan membuat mereka menangis akan perangai aku. sungguh aku kecewa bila dikenangkan telatah aku saat itu. insyaAllah selepas aku berpindah dan aku mula menjadi matang dan mula untuk bosan dgn ape yg pernah aku buat dulu.
hehehehee. so thats it. birthday gurl ke tak, tetap kene balik asrama harini hmm.

Older Post